Volker Turk dari Austria dilantik ketua hak asasi manusia PBB
Turk menggantikan Michelle Bachelet dari Chile yang menamatkan penggalnya akhir bulan lalu.
Terkini
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis melantik Volker Turk dari Austria sebagai Pesuruhjaya Tinggi baru Hak Asasi Manusia PBB selepas mendapat persetujuan Perhimpunan Agung PBB, lapor Xinhua.
Turk akan menggantikan Michelle Bachelet dari Chile, menurut satu kenyataan pejabat ketua PBB.
Beliau kini ialah Timbalan Setiausaha Agung bahagian dasar di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung, yang menyelaras tugas-tugas dasar global.
Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung untuk penyelarasan strategik di Pejabat Eksekutif Setiausaha Agung dari 2019 hingga 2021.
Turk berkelulusan ijazah kedoktoran dalam undang-undang antarabangsa dari Universiti Vienna dan ijazah sarjana undang-undang dari Universiti Linz, Austria.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.