- Iklan -
Dunia

Harga tenaga naik, 120,000 perniagaan di Itali berisiko ditutup

Kenaikan harga tenaga dan inflasi melebihi 8% di Itali dijangka akan meningkat lagi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perkhidmatam tren menjadi keunikan bandar Porta Nuova di Milan, Itali. Negara itu kini berdepan peningkatan inflasi sehingga menyebabkan harga tenaga turut meningkat. Gambar: AFP
Perkhidmatam tren menjadi keunikan bandar Porta Nuova di Milan, Itali. Negara itu kini berdepan peningkatan inflasi sehingga menyebabkan harga tenaga turut meningkat. Gambar: AFP

Kumpulan peruncitan Itali Confcommercio pada Khamis berkata kira-kira 120,000 firma berisiko ditutup bermula kini hingga separuh pertama tahun depan berikutan kenaikan harga tenaga di tengah-tengah kenaikan harga minyak dan gas akibat perang Ukraine, serta inflasi yang meningkat.

Kenaikan harga tenaga dan inflasi melebihi 8% dan dijangka meningkat lagi, dengan 80% daripadanya disebabkan oleh kenaikan harga bahan tenaga mentah, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).

Laporan Confcommercio menyebut kira-kira 370,000 pekerjaan juga berhadapan risiko.

Kos tenaga sektor perkhidmatan akan mencecah 33 bilion euro pada 2022, meningkat daripada 11 bilion pada 2021.

"Ia satu keadaan yang amat membimbangkan," kata Confcommercio, menyeru lebih banyak bantuan kerajaan kepada perniagaan yang sedang bergelut.