Dunia
Kerajaan Iraq dakwa temui telaga minyak baru
Negara itu sedang bekerjasama dengan syarikat Saudi-Amerika berhubung penemuan itu.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Kerajaan Iraq memaklumkan pihaknya telah menemui telaga minyak baru di bandar Nukhaib dan Tharthar di Wilayah Anbar yang terkenal dengan bahan mineral dan fosfat.
Gabenor Anbar, Ali Farhan pada Rabu berkata pihak berkuasa Anbar sedang bekerjasama dengan kementerian dan syarikat Saudi-Amerika mengenai penemuan itu.
“Kementerian Minyak Iraq perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan penerokaan minyak baru di Anbar, barat Iraq, dan kawasannya meliputi 34% daripada keseluruhan Iraq,” katanya.
Kementerian Minyak negara itu mempunyai maklumat tepat mengenai jumlah sebenar telaga minyak baru itu.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -