- Iklan -
Dunia

Gelombang haba ancam penduduk, 27 bandar Itali berjaga-jaga

Sembilan bandar turut menerima amaran bahaya daripada kementerian negara itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pesawat AT-802F 'Fire Boss' menyertai usaha memadamkan kebakaran hutan akibat gelombang haba di Espite, Ourem pada 13 Julai. Gambar: AFP
Pesawat AT-802F 'Fire Boss' menyertai usaha memadamkan kebakaran hutan akibat gelombang haba di Espite, Ourem pada 13 Julai. Gambar: AFP

Kementerian Kesihatan Itali memaklumkan pada Isnin sembilan daripada 27 bandar Itali akan berada dalam keadaan berjaga-jaga menjelang Rabu berikutan gelombang haba yang terus melanda kebanyakan negara Eropah.

Pada ketika ini lima bandar Itali - Bolzano, Brescia, Florence, Latina dan Perugia - berada dalam keadaan berjaga-jaga, bermaksud cuaca panas terik hingga mengancam penduduk umum, menurut Agensi Berita Itali (ANSA).

Bologna, Genoa, Rieti dan Rom turut tersenarai.

Suhu yang tinggi akibat cuaca kemarau di Itali telah memberi kesan buruk terhadap industri pertanian negara.

Coldiretti, persatuan petani negara itu, memaklumkan bahawa sektor pertaniannya mengalami kerugian melebihi tiga bilion euro akibat kemarau dan hasil tanaman telah berkurangan sehingga 70%.

Menurut para saintis perubahan iklim hingga menyebabkan kejadian gelombang haba lebih kerap dan cuaca lebih panas adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.