Pemangku presiden Sri Lanka isytihar perintah darurat
Pencalonan presiden melalui parlimen Sri Lanka akan dibuka esok.
Terkini
Pemangku Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe mengumumkan perintah darurat di seluruh negara berkuat kuasa hari ini, lapor Xinhua.
Dalam sebuah pekeliling, Wickremesinghe mengumumkan perintah darurat bagi kepentingan keselamatan orang awam, selain melindungi undang-undang demi memastikan kelancaran penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting dalam kalangan rakyat.
Parlimen Sri Lanka dijadualkan melantik presiden baru pada 20 Julai ini berikutan peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke Singapura melalui Maldives di tengah-tengah kemelut ekonomi di negara itu.
Nama calon presiden yang baru akan dibuka pada Selasa.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.