AS tawar ganjaran AS$5 juta bantu tangkap dalang pembunuhan calon presiden Ecuador
Terdapat juga ganjaran tambahan AS$1 juta untuk maklumat yang membawa kepada pengenalan atau lokasi mana-mana individu yang memegang jawatan kepimpinan utama dalam kumpulan yang bertanggungjawab atas kematiannya.
Terkini
Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM23.46 juta) kepada pemberi maklumat dalam membantu penahanan dalam di sebalik pembunuhan calon presiden Ecuador Fernando Villavicencio, kata Setiausaha Negara Antony Blinken pada Khamis.
Villavicencio, bekas ahli Parlimen dan wartawan anti-rasuah, ditembak mati di Quito pada 9 Ogos, kurang dua minggu sebelum pilihan raya presiden.
Polis Ecuador menahan enam suspek warga Colombia yang tergolong dalam kumpulan jenayah.
Sebagai tambahan kepada ganjaran AS$5 juta, Blinken juga mengumumkan ganjaran AS$1 juta untuk maklumat yang membawa kepada pengenalan atau lokasi mana-mana individu yang memegang jawatan kepimpinan utama dalam kumpulan yang bertanggungjawab atas kematian Villavicencio.
"AS akan terus menyokong rakyat Ecuador dan berusaha untuk membawa ke muka pengadilan individu yang cuba menjejaskan proses demokrasi melalui jenayah kekerasan," kata Blinken dalam satu kenyataan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.