- Iklan -
Dunia

Boris Johnson akan letak jawatan sebagai PM

Dengan lapan menteri dan dua setiausaha negara meletakkan jawatan hari ini, Johnson kini tidak lagi mempunyai sokongan sebagai perdana menteri.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Britain Boris Johnson dalam sebuah gambar fail pada 26 Januari 2021 di Downing Street, London. Gambar: AFP
Perdana Menteri Britain Boris Johnson dalam sebuah gambar fail pada 26 Januari 2021 di Downing Street, London. Gambar: AFP

Boris Johnson akan mengumumkan peletakan jawatab sebagai perdana menteri hari ini, selepas hilang sokongan Kabinet dan ahli parlimen Parti Konservatif apabila mereka menganggap beliau tidak lagi mampu menjalankan pentadbiran kerajaan.

Sumber Downing Street turut mengesahkan Johnson akan mengumumkan peletakan jawatannya.

Pengunduran Johnson itu telah diramalkan apabila 50 peletakan jawatan menteri diserahkan kepadanya sejak Selasa.

Sejak dua jam lalu, lapan menteri termasuk dua setiausaha kerajaan telah menyerahkan peletakan jawatan, menyebabkan beliau tidak lagi dapat mengelak selain meletakkan jawatan.

Johnson memegang jawatan perdana menteri hampir tiga tahun lalu, berjanji untuk membawa keluar Britain dari Kesatuan Eropah dan menyelamatkan negara selepas krisis referendum Brexit pada 2016.

Sejak itu, pemimpin Konservatif menunjukkan sokongan mereka terhadap bekas wartawan dan datuk bandar London.

Sokongan terhadap itu ditunjukkan pada pilihan raya 2019. 

Bagaimanapun, pendekatan pentadbirannya yang agresif selain terpalit dengan beberapa siri skandal telah mengurangkan keyakinan penggubal undang-undangnya negara itu terhadapnya.

Tinjauan pendapat juga menunjukkan beliau tidak lagi popular dalam kalangan orang ramai.