- Iklan -
Rencana

LGBT akan hancurkan masyarakat

Sesungguhnya akhlak bangsa barat sudah rosak teruk. Dalam mengejar persamaan, antara lelaki dan perempuan, mereka sudah sampai ke tahap haiwan.

Dr Mahathir Mohamad
2 minit bacaan
Kongsi

Apa dianya LGBT. LGBT bermakna “Lesbian”, “Gay”, “Biseksual” dan “Transeksual”.

Pengamal “Lesbian” mengamal hubungan seks antara perempuan dengan perempuan.

“Gay” pula mengamal seks antara lelaki dengan lelaki.

“Biseksual” amal seks biasa dan seks sejenis.

“Transeksual” amal hubungan seks antara lelaki dan sesama perempuan dan aneka jenis cara seks.

Perkahwinan tidak lagi perlu antara lelaki dengan perempuan tetapi perkahwinan boleh diadakan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.

Perkahwinan bukan untuk dapat anak dan mendirikan keluarga.

Perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu.

Ada negara di barat sekarang yang tidak menyebut dalam kad pengenalan jantina pemegang. 

Lelaki dan perempuan tidak boleh dipisahkan, iaitu tidak boleh dianggap berlainan. Tidak ada jantina.

Seseorang berhak menjadi lelaki atau perempuan mengikut kehendaknya. Hak ini menjadi satu dari hak kemanusiaan.

Jantina seseorang penuntut di sekolah tidak boleh disoal. Itu hak mereka. Dan itu yang diajar di sekolah.

Ibu bapa tidak berhak menentu pegangan kepercayaan atau amalan. Anak perlu bebas.

Di merata tempat pengamal lesbian dan gay mengadakan perhimpunan besar-besaran. 

Mereka berbangga dengan amalan mereka. Dan terdapat lelaki cium bibir lelaki dan perempuan cium bibir perempuan di khalayak ramai tanpa segan silu.

Majikan tidak boleh soal akan jantina pemohon kerja, pakaian mereka atau kelakuan mereka.

Sesungguhnya akhlak bangsa barat sudah rosak teruk. Dalam mengejar persamaan, antara lelaki dan perempuan, mereka sudah sampai ke tahap haiwan. 

Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh lelaki boleh dilakukan oleh perempuan dan sebaliknya. Kalau lelaki boleh berzina dengan pelacur perempuan, perempuan juga boleh berzina dengan pelacur lelaki.

Undang-undang mereka pun sudah dipinda supaya yang diharamkan dahulu dihalalkan dan yang dihalalkan dahulu diharamkan.

Ramai juga penuntut Malaysia yang ke sekolah atau ke universiti di negara barat menerima budaya songsang ini.

Kata mereka apa salahnya. Mereka cuma ingin keseronokan. Mereka tidak membinasa sesiapa.

Demikianlah perubahan nilai hidup dan budaya hasil daripada mengejar persamaan dan kebebasan oleh masyarakat manusia.

Dengan ini masyarakat akan hilang pedoman dan akan alami huru-hara dan kehancuran.

Dr Mahathir Mohamad ialah bekas perdana menteri.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow.