- Iklan -
Berita

Taikun Ananda Krishnan meninggal dunia

Beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan paling kaya di Malaysia.

MalaysiaNow
1 minit bacaan
Kongsi

Ananda Krishnan, pengasas syarikat gergasi telekomunikasi tempatan Maxis dan salah seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia, meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Kematiannya diumumkan dalam kenyataan ringkas dikeluarkan Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat pegangan pelaburannya.

"Beliau telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara dan dunia korporat; dan
inisiatif dermawan beliau telah memberi kesan kepada ramai orang.

"Kami dengan rendah hati merayu agar hasrat keluarga supaya berkabung secara tertutup dihormati," katanya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi