- Iklan -
Berita

Pusat undi PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 8 pagi ini

Seramai 205,810 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penunggang motosikal melintasi barisan bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang dipacak di tepi jalan menjelang Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram.
Seorang penunggang motosikal melintasi barisan bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan yang dipacak di tepi jalan menjelang Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram.

Sebanyak 61 pusat pengundian dengan 362 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi ini, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ia melibatkan 47 pusat pengundian di Parlimen Pulai manakala 14 pusat pengundian di DUN Simpang Jeram dijadual ditutup pada 6 petang.

Berdasarkan data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan semalam, seramai 205,810 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab pada hari ini.

Ia melibatkan sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi yang akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Pengundian awal PRK Pulai telah berlangsung pada Selasa lepas (5 September) yang menyaksikan 831 pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka dengan jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 90%. 

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN Simpang Jeram.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, masing-masing akan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

Calon PH Suhaizan Kaiat, Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) akan berentap di kerusi Parlimen Pulai, manakala Nazri Abdul Rahman (PH), Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan S Jeganathan (Bebas) bakal merebut kerusi di DUN Simpang Jeram

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi