- Iklan -
Berita

Ahmad Terrirudin dilantik sebagai peguam negara

Beliau akan mengambil alih jawatan peguam negara pada 6 September.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ahmad Terrirudin Mohd Salleh akan mengambil alih jawatan peguam negara pada 6 September.
Ahmad Terrirudin Mohd Salleh akan mengambil alih jawatan peguam negara pada 6 September.

Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai peguam negara berkuat kuasa 6 September ini, umum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Zuki berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan Ahmad Terrirudin selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Terrirudin, 55, menggantikan Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September

Idrus yang sebelum ini merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai peguam negara dengan kontrak dua tahun bermula 6 Mac 2020.

Beliau kemudiannya dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 6 Mac 2022 untuk tempoh setahun lagi. Pada 3 Mac lepas, kontrak Idrus sebagai peguam negara disambung untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

Zuki dalam kenyataannya turut merakamkan penghargaan kepada Idrus atas perkhidmatan sepanjang memegang jawatan peguam negara.