- Iklan -
Berita

Polis siasat Hadi berhubung ucapan kempen di Johor

Setiausaha politik presiden PAS berkata presiden Parti Islam Se-Malaysia itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Gambar: Bernama
Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Gambar: Bernama

Polis hari ini memaklumkan sedang menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung ucapannya yang perbezaan antara sistem pengampunan mengikut syariah dan Lembaga Pengampunan semasa kempen pilihan raya kecil Simpang Jeram di Johor.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan akan dijalankan oleh polis Bukit Aman di bawah Akta Hasutan.

Setiausaha politik presiden PAS itu yang juga Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman, ketika dihubungi MalaysiaNow, berkata Hadi sedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis.

“Malah sebelum ini Hadi telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Hadi menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak polis dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan.

Syahir bagaimanapun menambah bahawa polis tidak memaklumkan kepadanya mengapa Hadi dipanggil.