3 penjuru di Pulai, Simpang Jeram
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub.
Terkini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon bebas.
Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Pulai, Miswan Yunus di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
PN diwakili oleh ahli perniagaan Zulkifli Jaafar manakala PH diwakili bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat.
Sementara calon bebas ialah Samsudin Mohamad Fauzi.
Kerusi DUN Simpang Jeram turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon PN, PH dan bebas.
PN diwakili pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovascular, Dr Mohd Mazri Yahya manakala Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman mewakili PH.
Dalam pada itu S Jeganathan pula akan bertanding sebagai calon bebas.
Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong selepas penyandangnya, Salahuddin Ayub meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada 23 Julai lalu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.