- Iklan -
Berita

Negeri PN guna logo, tema Hari Kebangsaan sama dengan kerajaan persekutuan

Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu berkata mereka tidak akan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Para peserta mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 31 Ogos 2022.
Para peserta mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 31 Ogos 2022.

Kerajaan Kedah akan mengguna pakai logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sama seperti kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

“Kita ikut Persekutuan sama dengan Terengganu, itu pendirian kita. Tak ada isu, logo dan tema yang sama… pasal sambutan itu di peringkat kebangsaan, negeri ikut sajalah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar semalam.

 Baru-baru ini Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan sebagai berkata empat negeri di bawah pemerintahan gabungan politik itu termasuk Kedah mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza daripada kerajaan Persekutuan untuk sambutan peringkat negeri.

Fadhli dilaporkan berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif "Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera" yang dilancarkan oleh Pemuda PN.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagaimanapun berkata pentadbirannya juga akan mengikut Terengganu, Kedah dan Kelantan menggunakan logo dan tema yang sama seperti kerajaan pusat.

"Kerajaan negeri akan menggunakan logo dan moto yang sama seperti pusat pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri pada malam 30 Ogos nanti," katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi