- Iklan -
Berita

Pertembungan sengit di Selangor di tengah-tengah ramalan status quo 3:3

Sehingga jam 10 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan PAS sebagai pemenang di Terengganu dan Kelantan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita mengambil gambar laman web yang memaparkan keputusan pilihan raya negeri secara langsung di Selangor melalui telefon bimbitnya.
Seorang wanita mengambil gambar laman web yang memaparkan keputusan pilihan raya negeri secara langsung di Selangor melalui telefon bimbitnya.

Keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin menuju ke penghujungnya dengan ramalan awal menunjukkan status quo, dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu dipertahankan Perikatan Nasional (PN) manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor memihak kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Sehingga jam 10 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan bahawa PAS sebagai pemenang di Terengganu dan Kelantan. 

Keputusan yang masih belum selesai dikira menunjukkan pilihan raya di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan memihak kepada PH-BN, manakala Kedah akan dipertahankan PN.

Sementara itu, semua mata tertumpu kepada pertempuran di Selangor, di mana keputusan tidak rasmi menunjukkan pertembungan sengit antara kedua-dua gabungan itu. 

Difahamkan di Hulu Kelang, kerusi yang dianggap "ground zero" dalam pertembungan antara kedua-dua gabungan itu, bekas menteri besar Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti kira-kira 1,617, menentang calon PH Juwairiya Zulkifli.

Di Taman Medan, Dr Afif Bahardin dari PN berjaya merampas kerusi itu daripada PH dengan majoriti tipis 30 undi. 

Difahamkan PH menggesa pengiraan semula. 

Secara tidak rasmi, PH mendahului kira-kira 27 kerusi, manakala PN mendahului kira-kira 20 kerusi.

Untuk maklumat terkini mengenai enam pilihan raya, ikuti halaman keputusan kami di sini.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi