- Iklan -
Berita

Keputusan STPM pada 13 Julai

Calon boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah, atau menyemak keputusan secara dalam talian atau melalui SMS.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail pelajar menduduki peperiksaan di sebuah sekolah menengah di Sentul, Kuala Lumpur.
Gambar fail pelajar menduduki peperiksaan di sebuah sekolah menengah di Sentul, Kuala Lumpur.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini (13 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing atau secara dalam talian mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

"Keputusan turut boleh didapatkan secara dalam talian di pautan kttp://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM Tahun 2022 pada masa dan hari sama.

"Selain itu, keputusan boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 13 Julai (Khamis) sehingga 12 tengah hari pada 23 Julai (Ahad)," menurut kenyataan itu.

Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan itu tahun lalu di seluruh negara melibatkan 4,668 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi