- Iklan -
Berita

Keputusan SPM diumum 8 Jun

KPM memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seramai 403,637 calon berdaftar bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.
Seramai 403,637 calon berdaftar bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022 di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan pada 8 Jun (Khamis), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 mulai 10 pagi pada 8 Jun sehingga pukul 6 petang pada 14 Jun.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2022 dengan menaip SPMNombor Kad PengenalanAngka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem tersebut akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6 petang pada 14 Jun.

Seramai 403,637 calon berdaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2022 di 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.