- Iklan -
Berita

Zahid, Loke yakinkan satu sama lain untuk kekal berkawan

Ini berlaku selepas Setiausaha Agung Pemuda MCA Daniel Wa berkata jentera parti tidak sepatutnya membantu calon Barisan Nasional yang angkuh selepas 'berkawan' dengan DAP.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Gambar: Facebook
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Gambar: Facebook

Barisan Nasional (BN) menyatakan komitmen yang cukup baik terhadap DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Beliau berkata komitmen BN itu dinyatakan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri. 

“Saya dengar komitmen Pengerusi BN cukup baik. Kita mengambil komitmen daripada Pengerusi BN sendiri, dan pandangan lain, kita tidak ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di Putrajaya hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Setakat ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor masing-masing telah dibubarkan pada hari Khamis dan Jumaat lepas.