- Iklan -
Berita

Suspek ditahan SPRM meninggal dunia di hospital Putrajaya

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.
Bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.

Seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram berkaitan perlombongan tanpa permit di Pahang meninggal dunia, semasa menerima rawatan di sebuah hospital di Putrajaya, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Beliau berkata lelaki berkenaan didapati tidak sihat semasa siasatan SPRM sebelum dia dibawa ke hospital oleh pegawai suruhanjaya itu.

“Pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan akan memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat. Selain itu, SPRM juga telah menyerahkan semua rakaman kamera litar tertutup bagi memudahkan siasatan polis," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

SPRM menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan tanpa permit serta pengubahan wang haram berjumlah RM1.8 juta di Raub, Pahang, semalam.

Kesemua suspek berusia antara 40-an hingga 60-an terdiri daripada pengusaha lombong dan penjawat awam yang ditahan pada 6.30 petang di Bentong, Pahang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.