- Iklan -
Berita

Tidak salah Sanusi beri pandangan tentang Pulau Pinang, kata Mahathir

Bekas perdana menteri berkata tiada salahnya menyuarakan pandangan tentang sejarah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menggesa bekas menteri kewangan Lim Guan Eng untuk meningkatkan bayaran tahunan sebanyak RM10,000 oleh Putrajaya kepada Kedah kerana bersetuju memajak Pulau Pinang semasa era penjajahan British. 

"Saya tidak meminta sesiapa untuk mempercayai saya. 

“Jadi anda boleh ambil kisah ini tapi jangan terus terima bulat-bulat,” kata bekas perdana menteri itu, merujuk kepada perdebatan berterusan yang dicetuskan oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor. 

Sambil tidak mahu diheret dalam perdebatan itu, Mahathir yang juga anak jati Kedah bagaimanapun berkata tiada salahnya Sanusi memberikan pandangannya berkaitan sejarah mengenai pemilikan negeri tersebut terhadap Pulau Pinang. 

Beliau berkata, Sultan Kedah berkenan supaya Syarikat Hindia Timur, mengambil alih pulau Pulau Pinang dan sebahagian tanah besar dengan jumlah pajakan 10,000 dolar Sepanyol setiap tahun. 

"Selain itu perjanjian tersebut memerlukan syarikat British membantu dalam mempertahankan Kedah jika diserang oleh negara asing. 

“Kita tahu British gagal menunaikan janji-janji mereka," katanya.

Katanya, pajakan Pulau Pinang tidak boleh dibandingkan dengan penyerahan Singapura kepada British.

"Ia jelas satu penjualan mudah. British membuat pembayaran sekali sahaja sebanyak 60,000 dolar Sepanyol kepada Temenggong.

"Perlu diingatkan bahawa Sultan Ali, sultan pada masa itu tidak menandatanganinya. Baginda dianugerahkan sebuah rumah di Kampung Gelam di Singapura. 

“Kemurahan hati ini tidak disertai dengan pengiktirafan British terhadap Ali sebagai Sultan Johor," katanya merujuk kepada Sultan Ali Iskandar Shah.