- Iklan -
Berita

Tawaran sertai kerajaan dibuat selepas PRU15, kata Hadi

Presiden PAS itu berkata, banyak tawaran diterima PAS daripada pelbagai pakatan politik namun parti itu menegaskan ia akan terus berada dalam Perikatan Nasional.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata tawaran untuk parti itu menyertai kerajaan bukan tawaran baharu sebaliknya dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"(Ada tawaran sertai kerajaan)… selepas pilihan rayalah, sekarang ni tak adalah," katanya kepada pemberita di Persidangan Antarabangsa Terengganu 2023 (TIS2023) di Taman Tamadun Islam hari ini.

Beliau berkata pada masa itu, banyak tawaran diterima PAS daripada pelbagai pakatan politik namun parti itu menegaskan ia akan terus berada dalam Perikatan Nasional.

Media sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin PAS mendakwa beberapa 'individu tertentu' menghubungi mereka bagi mengadakan pertemuan yang antara lain bertujuan menawarkan parti itu untuk menyertai kerajaan.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin PAS berhubung tawaran kerjasama antara parti itu dan kerajaan campuran.

Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri  Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan perkara itu.