- Iklan -
Berita

Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar. Gambar: Bernama
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar. Gambar: Bernama

Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang akan dibawa ke Majlis Presiden PN.

"Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi, tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) di Kuala Terengganu, hari ini.

Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.