- Iklan -
Berita

PH Pulau Pinang, Umno bincang pembahagian kerusi minggu depan

PH Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat dalaman terlebih dahulu sebelum berunding dengan Umno.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pakatan Harapan Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan Umno minggu depan bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya negeri.
Pakatan Harapan Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan Umno minggu depan bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya negeri.

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan perbincangan dengan Umno negeri minggu depan berhubung pembahagian kerusi untuk pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PH negeri Chow Kon Yeow berkata PH Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat dalaman terlebih dahulu sebelum berunding dengan Umno.

"Kami menerima permintaan daripada Umno Pulau Pinang supaya diadakan mesyuarat dan tarikh tentatif telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Untuk Program Digitech oleh Bentley Forward School hari ini.

Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan mengadakan pilihan raya negeri tahun ini.

Pada pilihan raya umum 2018, PH yang ketika itu termasuk Bersatu, memperoleh 37 daripada 40 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Barisan Nasional memenangi dua kerusi manakala PAS memperoleh satu kerusi pada 2018.

PAS dan Bersatu bergabung di bawah Perikatan Nasional.