Gerhana matahari separa sedang berlaku
Kenampakan fenomena itu bergantung kepada keadaan cuaca.
Terkini
Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa hari ini bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
Di Sabah, fenomena itu akan dapat dilihat dari jam 11 pagi hingga 2 petang, manakala di Semenanjung, ia akan dapat dilihat dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam satu kenyataan memaklumkan gerhana akan mencapai liputan maksimum 1% hingga 15% di Semenanjung.
"Di Kuching, Sarawak mencecah sehingga 30%; di Kota Kinabalu, Sabah pula 34% dan yang tertinggi 43% di Tawau," menurut kementerian itu.
Program tontonan akan diadakan di Planetarium Negara Kuala Lumpur serta di Tawau.
Selain itu, penstriman langsung di laman Facebook dan YouTube Planetarium Negara turut disediakan.
Menurut Mosti, kenampakan fenomena itu bergantung kepada keadaan cuaca.
"Sekiranya sesuatu lokasi mengalami litupan awan tebal atau mendung atau mungkin juga hujan, maka fenomena gerhana matahari separa tidak dapat disaksikan dari lokasi tersebut," katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
