China sedia berdialog berhubung isu di Laut China Selatan
Menurut republik itu, ia mahu bekerjasama dengan Malaysia bagi menangani perbezaan di kawasan tersebut.
Terkini
China mahu bekerjasama dengan Malaysia untuk menangani perbezaan di Laut China Selatan melalui dialog dan rundingan menerusi cara yang sesuai, kata Kementerian Luar republik itu pada Selasa.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim awal hari ini berkata beliau telah memberitahu kerajaan China bahawa projek cari gali oleh Petronas di Laut China Selatan diteruskan kerana berada di dalam perairan Malaysia, merujuk kepada tuntutan bertindih kawasan itu oleh Beijing.
"China menjaga hak dan kepentingan sah di Laut China Selatan," kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning, menjawab persoalan mengenai amaran Malaysia mengenai nota protes jika terdapat "perlanggaran" antara kapal Malaysia dan China di kawasan itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
