- Iklan -
Berita

Ahli Parlimen Besut dihalau keluar 3 hari ketika perdebatan penggunaan bahasa Inggeris-Melayu

Tindakan itu dikenakan ketika beliau dikatakan mengganggu perdebatan antara ketua whip PN Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail ahli Parlimen hadir persidangan Dewan Rakyat. Gambar: Bernama
Gambar fail ahli Parlimen hadir persidangan Dewan Rakyat. Gambar: Bernama

Ahli Parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh dari Perikatan Nasional (PN) diarah keluar selama tiga hari bermula hari ini selepas ingkar kepada amaran Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu dikenakan ketika beliau dikatakan mengganggu perdebatan antara ketua whip PN Takiyuddin Hassan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Che Mohamad tidak mengikuti arahan Ramli untuk duduk dan memberi laluan kepada perbahasan.

Beliau kemudian duduk selepas mendapat amaran kedua ketika cuba membangkitkan peraturan mesyuarat.

Che Mohamad bangun sekali lagi untuk meminta laluan.

Ramli memberikan amaran ketiga dan mengarahkan bentara mengiring Che Mohamad keluar.

Beliau bangkit memprotes tindakan itu dan mendakwa sudah akur dengan arahan timbalan speaker.

Sebelum itu, Takiyuddin yang juga bekas menteri undang-undang membangkitkan peraturan mesyuarat ada Rang Undang-undang (RUU) yang akan dibentangkan hari ini tidak disediakan dalam bahasa Melayu.

"Dua RUU yang akan dibentangkan, memasukkan cadangan pindaannya dengan jelas dalam bahasa Melayu.

“Manakala dua RUU lagi hanya menyediakan cadangan peruntukan dalam bahasa Inggeris sahaja," katanya.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.