Kini, Umno turut bimbang tentang 'sentimen kaum dan agama'
Parti itu menyokong amaran yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini terhadap mereka yang dituduh kerana menyemarakkan sentimen perkauman.
Terkini
Umno menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikutan amarannya baru-baru ini untuk menggunakan sepenuhnya undang-undang terhadap mereka yang dituduh menghasut sentimen perkauman.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dalam satu kenyataan berkata parti itu bimbang tentang "sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular”.
“Justeru kami menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara,” menurut MKT Umno.
Dalam pada itu, MKT Umno turut mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki sebagai setiausaha agungnya.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.