Lebih 18,000 kuarters guru tidak diduduki, kata timbalan menteri
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata lokasi yang jauh selain keadaan yang sudah rosak mengakibatkan ia tidak diduduki.
Terkini
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying mendedahkan sebanyak 18,740 daripada 47,947 unit kuarters guru milik kementerian itu tidak diduduki.
Katanya, lokasi yang jauh selain keadaan yang sudah rosak mengakibatkan ia tidak diduduki.
"Satu daripada sebabnya adalah lokasi. Kebanyakan lokasi tidak berdekatan sekolah, jadi guru tidak duduk di kuarters.
"Bangunan yang usang, kita tunggu laporan kajian daripada perunding hartanah dan kami akan merancang tindakan seterusnya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Lim menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang mahu tahu mengenai jumlah kuarters guru yang ada dan perancangan untuk baik pulih dan selenggara kuarters guru yang uzur.
Katanya, kementerian juga memberi fokus kepada kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kuarters guru yang didiami berdasarkan tahap kerosakan.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.