- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 223 kes, sifar kematian

Sebanyak 193 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,845.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung berjalan kaki sambil melihat pelbagai jenis bunga sempena Festival Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa, 7 Mac.
Beberapa pengunjung berjalan kaki sambil melihat pelbagai jenis bunga sempena Festival Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa, 7 Mac.

Sejumlah 223 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,045,192 kes.

Sebanyak 193 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,998,845.

Ketika ini, 9,380 kes aktif direkodkan di mana 9,077 atau 96.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 298 (3.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak lima kes dan empat daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan termasuk satu kes sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,967orang.