- Iklan -
Berita

Pensyarah dinamakan pesuruhjaya kanak-kanak

Farah Nini Dusuki ialah kakak sulung kepada Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Farah Nini Dusuki. Gambar: Facebook
Farah Nini Dusuki. Gambar: Facebook

Kerajaan menamakan ahli akademik Farah Nini Dusuki sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, Farah yang juga kakak sulung kepada Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang kanak-kanak.

Bidang kajian beliau merangkumi perundangan mengenai pengadilan jenayah, undang-undang kanak-kanak, perlindungan remaja dalam isu kesihatan reproduktif seksual serta pelaksanaan dan penguatkuasaan hak kanak-kanak di Malaysia.

“Kerajaan berharap dengan lantikan Farah Nini sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak, pelbagai isu kanak-kanak yang berlaku di Malaysia akan diberi perhatian yang lebih mendalam bagi memastikan hak asasi serta keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara kita sentiasa terpelihara,” katanya.