- Iklan -
Berita

Bumiputera paling ramai miskin tegar, kata Rafizi

Menteri ekonomi berkata kadar kemiskinan Bumiputera berada pada tahap 7.2%, diikuti kaum India dengan 4.8% dan Cina 1.4%.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, 7 Mac. Gambar: Bernama
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, 7 Mac. Gambar: Bernama

Kadar kemiskinan mutlak di peringkat nasional berada pada tahap 5.6% sehingga tahun 2019, dengan majoritinya daripada kaum Bumiputera, kata Rafizi Ramli.

Menteri ekonomi itu berkata, kadar kemiskinan Bumiputera berada pada tahap 7.2%, diikuti kaum India (4.8%) dan Cina (1.4%). 

"Kemiskinan mutlak dan tegar diukur menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK. 

"PGK merujuk kepada jumlah pendapatan bulanan isi rumah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan optimum minimum makanan dan bukan makanan bagi membolehkan setiap ahli isi rumah menjalani kehidupan yang sihat dan aktif," katanya semasa sesi Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) yang ingin tahu kadar
kemiskinan mengikut kaum, agama dan negeri.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, definisi miskin tegar merujuk kepada PGK kurang RM1,169 manakala miskin mutlak ialah pendapatan kurang daripada RM2,208.

Katanya, ia berdasarkan survei pendapatan, perbelanjanaan isi rumah dan kemudahan asas ayng dilaksanakan lima kali setahun. 

Dalam pada itu, Rafizi berkata RM750 juta diperuntuk kepada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam usaha meningkatkan keupayaan golongan B40. 

Tiga program dilibatkan iaitu Inisiatif Usahawan Tani, Inisiatif Usahawan Makanan, dan Inisiatif Operator Perkhidmatan.

Beliau turut menyeru ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk mempromosikan program tersebut untuk rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh gabungan itu.