- Iklan -
Berita

464 mangsa dipindahkan akibat banjir di Sabah

Banjir dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam dan cuaca pagi ini cerah di majoriti kawasan di Sabah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail menunjukkan seorang remaja perempuan keluar dari khemahnya di pusat pemindahan banjir di SK Sungai Binjai, Klang pada 11 November 2022.
Gambar fail menunjukkan seorang remaja perempuan keluar dari khemahnya di pusat pemindahan banjir di SK Sungai Binjai, Klang pada 11 November 2022.

Sebanyak 464 orang daripada 166 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda daerah Kota Marudu dan Tongod, pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, 377 orang daripada 149 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Komuniti Kota Marudu manakala 87 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS di Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon di Tongod.

“Kedua-dua pusat pemindahan dibuka lewat malam tadi dan trend pemindahan ketika ini adalah kekal,” menurut kenyataan itu.

Banjir dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam dan cuaca pagi ini cerah di majoriti kawasan di Sabah.

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di satu dua tempat di Sabah pada sebelah malam ini, dan cuaca sama diramal berterusan hingga esok.