- Iklan -
Berita

Saifuddin diselar selepas gelar pengundi PN ‘kurang pendidikan’

Golongan muda Bukit Gantang beritahu Saifuddin tak layak jadi menteri, kata ahli Parlimen PN.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar: Bernama
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail. Gambar: Bernama

Golongan belia di kawasan Parlimen Bukit Gantang menyampaikan pesanan mereka kepada pemimpin PKR Saifuddin Nasution mengatakan beliau tidak layak menjadi menteri di Kementerian Dalam Negeri selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, kata Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal.

Ahli Parlimen Bukit Gantang dari Perikatan Nasional (PN) itu berkata pesanan itu dikirimkan oleh anak-anak muda di tempatnya supaya didedahkan ke persidangan Dewan Rakyat.

Ini susulan kenyataan Saifuddin yang mempertikai pendapatan dan latar pendidikan mereka hanya kerana mereka mengundi serta menyokong PN.

"Yang Berhormat Senator menteri dalam negeri telah merendahkan-rendahkan tahap pendidikan dan tangga gaji mereka. 

"Mereka mengatakan agar disebut dalam Parlimen ini bahawa menteri juga tak layak jadi menteri," katanya merujuk kepada ucapan Saifuddin yang melabelkan golongan muda menyokong PN tidak mempunyai pendidikan tinggi dan tiada pendapatan tetap dalam kehidupan.

Beliau dipercayai membuat kenyataan tersebut ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Kedah 2023 yang diadakan di Sungai Petani, pada 25 Februari lalu.

Terdahulu, tular video pendek tersebut di media sosial. 

Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau yang disifatkan tidak adil dan terlalu menghina golongan muda.

Saifuddin antara pemimpin PKR yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya.

Beliau kalah di Parlimen Kulim Bandar Baharu pada PRU15 lalu, kemudiannya dilantik jawatan senator untuk menjawat menteri dalam negeri dalam kerajaan campuran PH-Barisan Nasional (BN).