- Iklan -
Berita

Covid-19: Sebanyak 224 kes baru, tiada kematian dilaporkan

Sembilan pesakit di ICU dengan tujuh memerlukan alat bantuan pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Empat remaja dengan basikal di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur pada 30 Disember.
Empat remaja dengan basikal di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur pada 30 Disember.

Sebanyak 224 lagi kes Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,041,811.

Terdapat 278 kes pulih, menjadikan jumlah sembuh kepada 4,995,584.

Ketika ini terdapat 9,270 kes aktif, di mana 8,952 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin manakala 309 (3.3%) dimasukkan ke hospital.

Seramai sembilan berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian baharu dilaporkan. Jumlah kematian kekal pada 36,957.