- Iklan -
Berita

Tokoh akademik terkenal Kamal Hassan meninggal dunia

Berita kematian Mohd Kamal disahkan keluarga dalam kenyataan yang dikongsi melalui WhatsApp, di Kuala Lumpur hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Profesor Emeritus Mohd Kamal Hassan. Gambar: Facebook
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Profesor Emeritus Mohd Kamal Hassan. Gambar: Facebook

Tokoh akademik Malaysia Mohd Kamal Hassan, 80, meninggal dunia hari ini akibat komplikasi berkaitan prosedur pembedahan, baru-baru ini.

Profesor kelahiran Kelantan itu merupakan rektor pertama Universiti Islam Antarabangsa yang berkhidmat dari 1998 hingga 2006.

Beliau dilantik sebagai pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) pada 25 Februari tahun lalu.

Dalam kalangan ahli akademik Malaysia, beliau terkenal sebagai pakar dalam bidang Islam kontemporari di alam Melayu.

Beliau juga penulis buku bertajuk Encyclopedia of Malaysia: Religions and Beliefs, yang memberikan perincian tentang setiap agama yang diamalkan di Malaysia sejak Perang Dunia Kedua.

Kamal juga merupakan penerima gelaran profesor ulung atas sumbangannya, dan menulis lebih 70 kertas kerja berkaitan isu kontemporari di Malaysia dan cabaran yang dihadapi umat Islam.

Tahun lalu, beliau membidas "kemunafikan dan keruntuhan akhlak" ahli politik di Malaysia dalam buku bertajuk "Corruption and Hypocrisy in Malay Muslim Politics: The Urgency of Moral-Ethical Transformation", di mana beliau menyifatkan ramai ahli politik tempatan sebagai asing kepada konsep Melayu "malu" (kesederhanaan).

Beliau juga bercakap mengenai masalah ketaksuban kepada parti politik.

"Ketaksuban itu boleh dikikis nanti bila orang-orang politik sedar bahawa mereka harus mengabdikan diri bukan kepada parti, tetapi kepada Tuhan."

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi