- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 229 kes, sifar kematian

Sebanyak 227 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,995,306.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gelagat pelancong dari Jepun membetulkan tudung semasa memasuki kawasan Masjid Jamek pada 16 Februari.
Gelagat pelancong dari Jepun membetulkan tudung semasa memasuki kawasan Masjid Jamek pada 16 Februari.

Sejumlah 229 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,041,587 kes.

Sebanyak 227 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,995,306.

Ketika ini, 9,324 kes aktif direkodkan di mana 9,001atau 96.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 315 (3.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak lapan kes dan enam daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,957 orang.