- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 rekod 184 jangkitan, sifar kematian

Sebanyak 192 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,995,079.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai meluangkan masa melihat persembahan seniman jalanan pada malam Tahun Baru di Bukit Bintang, 31 Disember 2022.
Orang ramai meluangkan masa melihat persembahan seniman jalanan pada malam Tahun Baru di Bukit Bintang, 31 Disember 2022.

Sejumlah 184 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,041,358 kes.

Sebanyak 192 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,995,079.

Ketika ini, 9,322 kes aktif direkodkan di mana 8,986 atau 96.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 328 (3.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak lapan kes dan enam daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,957 orang.