- Iklan -
Berita

DAP gesa ambil tindakan terhadap perarakan 'provokatif' PAS

Timbalan ketua menteri II Pulau Pinang persoal tujuan dan mengapa pemimpin PAS pertahan perarakan tersebut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemimpin DAP P Ramasamy mempersoalkan tujuan perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 anjuran Pemuda PAS di Terengganu, 17 Februari lalu. Gambar: Facebook
Pemimpin DAP P Ramasamy mempersoalkan tujuan perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 anjuran Pemuda PAS di Terengganu, 17 Februari lalu. Gambar: Facebook

Pemimpin DAP P Ramasamy mempersoalkan tujuan perarakan anjuran Pemuda PAS minggu lepas, menggesa sama ada polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat selain menggelarnya sebagai pelanggaran serius undang-undang keselamatan awam.

Timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu berkata, perarakan yang menyaksikan peserta berpakaian pahlawan Islam dan membawa senjata replika itu "menyerupai platun tentera bersenjata yang bersedia untuk berperang".

"Mengapa perlu ada ritual sedemikian sedangkan Malaysia sebuah negara yang aman dan stabil?" katanya dalam stau kenyataan.

"Saya tidak fikir 'perarakan bersenjata; anjuran PAS baru-baru ini pernah berlaku sebelum ini, setakat yang saya tahu.

"Jika perarakan itu hanya ritual ulangan, maka orang ramai mungkin sudah tahu sepenuhnya tentang hal ini."

Pada 17 Februari, Pemuda PAS Terengganu menganjurkan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di Setiu yang mana dengan cepat ianya tular di media sosial.

Pemimpin PAS mempertahankan perarakan itu dan membandingkannya dengan acara sukan atau pertunjukan pantomim.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perarakan itu sama seperti opera Cina di mana pelakon juga membawa senjata sedemikian.

Bagaimanapun, Ramasamy mempersoalkan mengapa menganjurkan perarakan yang sebegitu sedangkan PAS, seperti parti politik lain, cuma ada musuh politik sahaja.

“Adakah tujuan perarakan itu untuk menghantar mesej kepada musuh Islam bahawa perjuangan PAS bukan sekadar di Parlimen tetapi mungkin mengambil bentuk yang lebih garang dalam keadaan tertentu?

"Jika tidak, apa gunanya perarakan bersenjata 'pahlawan' Islam itu? Apakah ianya mesej amaran kepada orang lain, khususnya mereka yang dianggap musuh Islam?"

Tambahnya perarakan itu bertentangan dengan Perlembagaan, selain "provokasi PAS" sudah “berlebihan”.

"Adakah polis akan bertindak terhadap ejen provokator?" soalnya.