- Iklan -
Berita

Covid-19: Catat 189 kes baru, tiada kematian

Sebanyak 279 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,705.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai kelihatan meluangkan masa bersiar-siar pada hari cuti umum sempena perayaan Thaipusam di sekitar Jalan Masjid India, 5 Februari. Gambar: Bernama
Orang ramai kelihatan meluangkan masa bersiar-siar pada hari cuti umum sempena perayaan Thaipusam di sekitar Jalan Masjid India, 5 Februari. Gambar: Bernama

Sejumlah 189 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,038,543 kes.

Sebanyak 279 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,991,705.

Ketika ini, 9,892 kes aktif direkodkan di mana 9,530 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 355 (3.6%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 7 kes dan 4 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,946 orang.