- Iklan -
Berita

14 peniaga Pasar Tamu di Sibu terima wang palsu RM20

Menurut polis kes disiasat mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan kesemua wang kertas RM20 itu akan diserahkan kepada Bank Negara Malaysia untuk dianalisis ketulenannya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wang kertas palsu RM20 yang diterima beberapa peniaga Pasar Tamu Sibu Jaya, 31 Januari. Gambar: Facebook
Wang kertas palsu RM20 yang diterima beberapa peniaga Pasar Tamu Sibu Jaya, 31 Januari. Gambar: Facebook

Seramai 14 peniaga Pasar Tamu Sibu Jaya yang menjadi mangsa penipuan menggunakan wang palsu semalam membuat laporan polis.

Laporan tersebut diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu daripada peniaga yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili menerusi satu kenyataan di Sibu hari ini.

“Mangsa didatangi oleh seorang suspek perempuan berusia dalam lingkungan 40-an ditemani anak perempuan yang berusia lima tahun.

“Saspek membeli pelbagai barangan keperluan di pasar tersebut dan kesemua mangsa dibayar menggunakan wang kertas RM20 bernombor siri CD: 2748412,” katanya. 

Menurut Zulkipli kesemua mangsa berurusan dengan suspek yang sama namun hanya menyedari mereka ditipu dengan wang palsu itu tiga jam kemudian apabila seorang mangsa mendapati wang kertas tersebut tidak berkualiti dan dakwat pada permukaan wang kertas cair.

Berikutan itu seorang daripada mangsa memuat naik video secara ‘live’ di laman sosial agar orang awam mengetahui perkara tersebut dan peniaga di pasar tamu lebih berwaspada.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan kesemua wang kertas RM20 tersebut diterima oleh pihak polis dan akan diserahkan kepada Bank Negara Malaysia untuk dianalisis ketulenannya.

Beliau menasihati orang ramai untuk membuat semakan dan meneliti wang kertas yang diterima dalam sebarang urusan perniagaan mereka bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.