- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 285 kes, 7 lagi terkorban

Sebanyak 300 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,943.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan di sekitar foyer salah sebuah pusat membeli belah di Bukit Jalil, 21 Disember 2022.
Orang ramai berjalan di sekitar foyer salah sebuah pusat membeli belah di Bukit Jalil, 21 Disember 2022.

285 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,034,228 kes.

Sebanyak 300 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,986,943.

Ketika ini, 10,355 kes aktif direkodkan di mana 9,957 atau 96.2% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 382 (3.7%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 16 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tujuh kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,930 orang.