- Iklan -
Berita

Adakah ahli Umno hanya duduk diam, soal Dr Mahathir

Beliau yang pernah menerajui parti Melayu lebih dua dekad itu meramalkan Umno akan terus tenggelam di bawah Ahmad Zahid Hamidi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada ahli Umno akan berdiam diri dan terus melihat parti itu dikawal oleh pemimpin yang hanya mahu melindungi kepentingan peribadi mereka.

Ini selepas parti Melayu tersebut memutuskan tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi pada perhimpunan agungnya baru-baru ini.

Pemilihan Umno dijangka berlangsung selewat-lewatnya 19 Mei ini.

Dr Mahathir berkata, prestasi parti itu dalam pilihan raya umum secara konsisten merosot selama bertahun-tahun berikutan tindakan penggantinya – Abdullah Badawi, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi – yang menurutnya tidak berminat untuk memperjuangkan "bangsa, negara dan agama".

“Perlembagaan Umno memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli Umno ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.

“Sekarang presiden Umno sedang hadapi caj. Apakah ahli Umno akan terus sokong Umno?”

Zahid berdepan 47 pertuduhan termasuk 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Mahathir berkata, tindakan terbaru Zahid tiada bezanya, sambil mengatakan presiden Umno itu bersedia untuk meninggalkan prinsip parti demi menyelamatkan dirinya daripada tuduhan jenayah.

Beliau berkata ini termasuk langkah Zahid bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP.

“Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicarakan atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk ‘The Rule of Law’.”

Katanya, Zahid takut akan disabitkan kesalahan jika tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam Perhimpunan Agong Umno.

“Dengan itu Umno terus dikuasai oleh presiden yang sedang dibicarakan kerana rasuah. 

“Besar kemungkinan dalam PRU kerusi Umno merosot lagi.”