- Iklan -
Berita

PPS dibuka di Sahom, tempatkan 86 mangsa banjir kilat

Setakat pagi tadi, terdapat 23 keluarga terjejas akibat banjir kilat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Chong Hua Kota Belud pada 24 Disember. Gambar: Bernama
Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Chong Hua Kota Belud pada 24 Disember. Gambar: Bernama

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 86 mangsa banjir kilat di Kampung Sahom, di Ipoh pada tengah malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Sahom Kampar dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

“Setakat jam 11 pagi tadi, terdapat 86 mangsa daripada 23 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat pada petang semalam,” menurut kenyataan itu. 

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri turut merekodkan paras bacaan Sungai Perak di Stesen Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang naik kepada paras waspada daripada 10m kepada 13.8m.

Jabatan Kerja Raya turut memaklumkan penutupan jalan negeri di A119 jalan Kuala Dipang - Chenderiang kerana berlakunya runtuhan dan pokok tumbang, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif lain di FT001.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi