- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 380 kes, 9 lagi terkorban

11,412 kes aktif direkodkan di mana 95% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita menolak suami yang memakai pelitup muka dan anaknya menggunakan kerusi roda semasa berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Seorang wanita menolak suami yang memakai pelitup muka dan anaknya menggunakan kerusi roda semasa berjalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

380 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,031,076 kes.

Sebanyak 373 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,982,772.

Ketika ini, 11,412 kes aktif direkodkan di mana 10,844  atau 95% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 542 (4.7%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 26 kes dan 11 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sembilan kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,892 orang.