- Iklan -
Berita

Mahkamah perintah kerajaan, 3 individu bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan memihak kepada keluarga Altantuya dalam saman RM100 juta yang difailkan pada 2007.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar pasport warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Gambar: AFP
Gambar pasport warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Gambar: AFP

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga lagi individu untuk membayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya Shaariibuu, seorang warga Mongolia yang dibunuh secara kejam 16 tahun lalu.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan memihak kepada keluarga Altantuya dalam saman bernilai RM100 juta yang difailkan pada 2007.

Plaintif saman itu termasuk ibu bapa Altantuya, Shariibuu Setev dan Altantseseg Sanjaa, dan adik lelakinya Mungunshagai Bayarjargal, yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh wanita itu.

Altantuya, yang merupakan bekas kekasih Razak, dibunuh pada October 2006 dan tubuhnya diletupkan menggunakan bom ketenteraan. 

Sementara Razak yang didakwa bersubahat dibebaskan daripada pembunuhan itu tanpa dipanggil pembelaannya pada 2008.

Dalam keputusannya hari ini, Vazeer memerintahkan empat defendan turut membayar faedah tahunan sebanyak lima peratus bagi pampasan RM5 juta, serta setiap defendan membayar kos RM25,000 kepada keluarga.

Beliau berkata dua bekas pegawai polis itu sudah dibuktikan membunuh Altantuya secara kejam.

Beliau berkata Razak turut bertanggungjawab juga kerana pembunuh tidak akan mengenali mangsa jika beliau tidak meminta mereka membantu ketika Altantuya mengancam untuk mendedahkan hubungan sulit mereka berdua.

Vazeer berkata Razak turut bertanggungjawab atas tindakan Azilah dan Sirul yang menggunakan sumber pasukan polis.

Sangeet Kaur Deo mewakili keluarga Altantuya sementara Manjeet Singh Dhillon mewakili Razak, dan peguam Zetty Zurina Kamaruddin mewakili kerajaan.

Sementara Azilah dan Sirul tidak diwakili peguam.