- Iklan -
Berita

Jemaah menteri setuju potong gaji bulanan sebanyak 20%, kata PM

Anwar Ibrahim berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Jemaah menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji masing-masing sebanyak 20% setiap bulan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu dilaksanakan atas semangat keprihatinan anggota Kabinet terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

Anwar berkata pemotongan gaji itu akan dilaksanakan kerajaan sehingga ekonomi negara kembali pulih.

“Kalau ekonomi pulih (dalam tempoh) tiga tahun, kita kaji semula lah, potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih ke atas kesediaan mereka (jemaah menteri) melakukan sedikit pengorbanan.

“Ada orang kata Anwar patutlah dia tak ambil gaji perdana menteri kerana dia ambil gaji menteri kewangan, tak betul… gaji ini satu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet kerajaan di Putrajaya hari ini.