- Iklan -
Berita

Agong kurnia watikah pelantikan 11 perwakilan ke luar negara

Istiadat pemberian watikah itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Jerman Adina Kamarudin sempena Istiadat Penerimaan Watikah Pelantikan dan Majlis Mengadap oleh Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara hari ini. Gambar: Bernama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baru dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Ahmad Fadil Samsuddin yang juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Duta Besar Malaysia ke Vietnam Tan Yang Thai dan Duta Besar Malaysia ke Jerman Dr Adina Kamarudin.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Mohammad Azhar Mazlan; Duta Besar Malaysia ke Jordan Mohamad Nasri Abdul Rahman; Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki. 

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Senegal, Zainal Izran Zahari; Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Mohd Adli Abdullah; Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Badli Hisham Adam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Luar Amran Mohamed Zin.