- Iklan -
Berita

Majlis Raja-Raja syor PM tidak campur tangan dalam badan pelantikan hakim

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu turut mencadangkan supaya struktur suruhanjaya itu dinilai semula.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil gambar Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Gambar: AFP
Orang ramai mengambil gambar Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. Gambar: AFP

Majlis Raja-Raja hari ini mengesyorkan supaya perdana menteri tidak campur tangan dalam pelantikan lima wakil dalam Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC), sebuah badan yang memberikan cadangan calon untuk menjadi hakim mahkamah.

Ia adalah susulan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang berjalan selama dua hari di Istana Negara bermula semalam.

Dalam kenyataannya, Majlis Raja-Raja berkata struktur JAC ketika ini mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki, di samping turut mengatakan keanggotaannya adalah kritikal bagi memastikannya terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.

Ketika ini, empat dari sembilan anggota JAC adalah terdiri daripada hakim-hakim kanan, sementara lima lagi anggota adalah lantikan perdana menteri.

Tuanku Muhriz berkata perlu wujud keanggotaan yang lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

“Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Tuanku Muhriz berkata perlu wujud keanggotaan yang lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak dalam JAC.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

“Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

Tuanku Muhriz turut menggesa supaya struktur dinilai semula dengan rundingan bersama kerajaan, anggota JAC dan pihak berkepentingan lain yang relevan.

“Sekiranya semua ini dilaksanakan, Beta yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan hakim-hakim di Malaysia adalah di kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil."

JAC ditubuhkan pada 2009 bagi memastikan dan mengemukakan syor pemilihan yang setara dalam pelantikan calon untuk pertimbangan perdana menteri.

Pengkritik mempersoalkan peruntukan yang membolehkan perdana menteri melantik majoriti anggota suruhanjaya tersebut, selain kuasanya dalam menggugurkan mereka daripada badan itu, mengatakan ia menunjukkan wujud naungan politik dalam badan kehakiman negara.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.