- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,500 jangkitan, 11 lagi terkorban

27,003 kes aktif direkodkan di mana 92.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita tetap memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Kuala Lumpur bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Seorang wanita tetap memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Kuala Lumpur bagi mengelak jangkitan Covid-19.

2,516 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,971,936 kes.

Sebanyak 2,643 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,908,313.

Ketika ini, 27,003 kes aktif direkodkan di mana 25,071 atau 92.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,839 (6.8%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 93 kes dan 59 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

11 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,620 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.