- Iklan -
Berita

PH Pahang setuju bentuk kerajaan negeri dengan BN

Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mengesahkan perkara itu dan menunggu keputusan pimpinan pusat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sukarelawan parti mengibarkan bendera Pakatan Harapan di sebelah bedera Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sabtu lalu di Kuala Lumpur.
Sukarelawan parti mengibarkan bendera Pakatan Harapan di sebelah bedera Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah semasa dihubungi di sini. 

"Ya, PH Pahang bersetuju untuk kerjasama dengan BN Pahang, tetapi kami menunggu keputusan rasmi daripada pimpinan (PH) pusat," katanya ringkas. 

Kerajaan negeri Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. 

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PH memperoleh lapan kerusi dengan enam daripadanya datang dari DAP, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi. 

Terdapat 42 kerusi DUN di Pahang, namun proses pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman hanya akan diadakan pada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN di situ Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian PRU15.